WASPADA Blog ini ada memakai bahasa Sabah, dan kadang-kadang, bahasa Brunei.

07 Disember 2013

Tajwid- Makhraj Lisaniyyah bahagian 2

Makhraj lidah ialah satu makhraj yang hensem sebab dia banyak. (Malas ba mau taip balik)
Kesinambungan. Bahagian satu tekan la di sini.

D. Siring hujung lidah / Dzalqiyah ( ذلقية )
Siring hujung lidah diangkat ke lelangit keras lalu menekan gusi gigi depan (gusi yang di atas aa...) yang menyekat udara, lepas itu menekan udara yang terperangkap menerobosi sekatan, terhasillah bunyi huruf lam ( ل ).

ل


Siring hujung lidah diangkat ke lelangit keras lalu menekan gusi gigi depan (dekat makhraj lam, tapi ke dalam lagi sikit) yang menyekat udara, lepas tu lelangit lembut diturunkan kemudian menekan udara yang disekat sampai terkeluar dari mulut dan idung, terhasillah bunyi huruf nun ( ن ).

ن


Siring hujung lidah berhampiran makhraj huruf nun ( ن ) lepas itu dilenturkan lidah ke belakang, terhasillah bunyi huruf ra' ( ر ).

ر


E. Lelangit keras / Nith'iyyah ( نطعية )
Hujung lidah diangkat menekan ke lelangit keras, terhasillah bunyi huruf tha' @ to ( ط ), dal ( د ), dan ta ( ت ). Bezanya ialah level tekanan udara. Huruf tha' ( ط ) paling kuat, diikuti dengan dal ( د ), dan ta ( ت ).

ت د ط


F. Hujung Lidah / Asaliyyah ( أسلية )
Hujung lidah di tekan ke belakang gigi kacip fatimah di sebelah bawah. Terhasillah bunyi huruf shad @ sod ( ص ), sin ( س ), dan zai ( ز ). Bezanya ialah level tekanan udara. Huruf shad ( ص ) paling kuat, kedua huruf sin ( س ), baru huruf zai ( ز ).

ص س ز


G. Gusi / Litsaliyyah ( لثوية )

Hujung lidah dikelaurkan sedikit antara hujung gigi gunting atas dan gigi gunting bawah. Keluarlah bunyi huruf zha @ zo ( ظ ), huruf dzal ( ذ ), dan tsa ( ث ). Bezanya ialah level tekanan udara. Huruf zha ( ظ ) paling hensem, kemudian huruf dzal ( ذ ), lepas itu tsa ( ث ).

ظ ذ ث

Alhamdulillah, selesai pelajaran makhraj lidah. Bolehlah menjamu selera makan kuih lidah dengan sup lidah. Sekian, terima kasih.

05 Disember 2013

Tajwid- Makhraj Lisaniyyah bahagian 1

Makhraj lidah merupakan antara pelajaran yang paling hensem dalam ilmu tajwid dalam bidang makharij al-huruf. Ini kerana makhraj lidah membabitkan lapan belas huruf dari sepuluh sub-makhraj yang berbeja. Berbeza.

A. Pangkal lidah / Lahwiyyah ( لهوية )
Tatkala pangkal lidah dinaikkan ke lelangit lembut, aww, lalu ditekankan pada anak tekak gantung-gantung, maka terhasillah bunyi huruf qaf ( ق ).
ق

Andal pangkal lidah itu dijauhkan sikit ke luar dari anak tekak terbabit, terhasil pula bunyi huruf kaf ( ك ).
ك


B. Pertengahan lidah / Syajariyah ( شجرية )

Tatkala bahagian tengah lidah diangkat ke lelangit keras lalu terdapat tekanan angin, maka terhasillah huruf jim ( ج ), syin ( ش ), dan ya ( ي ). Perbezaan bunyi adalah mengikut setakat level mana lidah itu dikasi naik.
ي ش ج


C. Siring lidah / Janbiyyah ( جنبية )
Sepanjang bahagian siring lidah ditekankan pada geraham atas, kanan atau kiri pilihlah yang mana satu. Terhasillah bunyi huruf dhad ( ض ).
ض



Sekian bahagian satu. Yay.....