Saya di kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Haji Aidiladha, semoga para hujjaj jemaah haji sekalian mendapat haji yang mabrur dan pengorbanan kita pada tahun ini diterima Allah SWT dan dianugerahkan pahala.
Pergilah bersembahyang raya di masjid dan surau dengan memakai pakaian yang hensem, lawa dan changgih. Dengarlah khutbah yang disampaikan dengan sepenuh perhatian dan renungilah isi pengajarannya walaupun hanya sunat. Untuk mereka yang belum menunaikan zakat fitrah untuk Ramadan yang lalu, ketahuilah bahawa awda merupakan orang yang rugi sebab Hari Raya Haji mana ada bayar zakat fitrah.
Jika anda berkemampuan, berkorbanlah binatang ternak al-an'am seperti kerbau, kambing, bebiri, unta, camel, sapi, kibas, lembu dan sebagainya. Jika anda berkemampuan, jadilah saksi penyembelihan korban kita, setidak-tidaknya sehingga titisan darah pertama jatuh ke bumi. Insafilah, amal ibadah korban itu terlebih dulu sampai ke sisi Allah SWT sebelum tumpah titisan darah binatang korban itu menyentuh bumi.
Mudah-mudahan kita akan diberi peluang menunaikan kedua-dua ibadah hebat ini, iaitu naik haji ke Makkah dan memotong korban.
Moga jumpa lagi. Babai.
Haaa....kerbau sekalian jagalah kamu.... |