Makhraj lidah
ialah satu makhraj yang hensem sebab dia banyak. (Malas ba mau taip balik)
Kesinambungan.
Bahagian satu tekan la di sini.
D. Siring hujung
lidah / Dzalqiyah ( ذلقية
)
Siring hujung
lidah diangkat ke lelangit keras lalu menekan gusi gigi depan (gusi yang di
atas aa...) yang menyekat udara, lepas itu menekan udara yang terperangkap
menerobosi sekatan, terhasillah bunyi huruf lam ( ل ).
ل
Siring hujung
lidah diangkat ke lelangit keras lalu menekan gusi gigi depan (dekat makhraj
lam, tapi ke dalam lagi sikit) yang menyekat udara, lepas tu lelangit lembut
diturunkan kemudian menekan udara yang disekat sampai terkeluar dari mulut dan
idung, terhasillah bunyi huruf nun ( ن ).
ن
Siring hujung
lidah berhampiran makhraj huruf nun ( ن ) lepas itu dilenturkan
lidah ke belakang, terhasillah bunyi huruf ra' ( ر ).
ر
E. Lelangit keras
/ Nith'iyyah ( نطعية
)
Hujung lidah
diangkat menekan ke lelangit keras, terhasillah bunyi huruf tha' @ to ( ط ), dal ( د ), dan ta ( ت ). Bezanya ialah level
tekanan udara. Huruf tha' ( ط ) paling kuat, diikuti dengan dal ( د ), dan ta ( ت ).
ت د ط
F. Hujung Lidah /
Asaliyyah ( أسلية
)
Hujung lidah di
tekan ke belakang gigi kacip fatimah di sebelah bawah. Terhasillah bunyi huruf
shad @ sod ( ص
), sin ( س
), dan zai ( ز
). Bezanya ialah level tekanan udara. Huruf shad ( ص ) paling kuat, kedua huruf
sin ( س ), baru huruf zai ( ز ).
ص س ز
G. Gusi /
Litsaliyyah ( لثوية
)
Hujung lidah
dikelaurkan sedikit antara hujung gigi gunting atas dan gigi gunting bawah.
Keluarlah bunyi huruf zha @ zo ( ظ ), huruf dzal ( ذ ), dan tsa ( ث ). Bezanya ialah level
tekanan udara. Huruf zha ( ظ ) paling hensem, kemudian huruf dzal ( ذ ), lepas itu tsa ( ث ).
ظ ذ ث
Alhamdulillah, selesai pelajaran makhraj lidah. Bolehlah menjamu selera makan kuih lidah dengan sup lidah. Sekian, terima kasih.