WASPADA penulis bukanlah pakar dalam bidang qiraat mahu pun
tajwid. Penulis hanya ingin berkongsi sedikit asas ilmu tajwid yang
diketahuinya dengan cara yang hensem. Untuk persoalan mengenai hukum tajwid
tahap S, T, X, W dan sebagainya, berbincanglah dengan tuan-tuan guru, ustaz
atau sheikh yang pakar.
Saya percaya ada yang mengaji secara sembarang tanpa
mengetahui terdapat suatu perkara dalam mengaji al-Quran yang dikenali sebagai
tajwid.
Berikut disenaraikan 10 'Tahukah anda?' dalam ilmu
tajwid
TAHUKAH
ANDA/AWAK/KAMU/ENGKAU/AWDA/KITA/BISKITA/KAU/KALIAN/dll ?
1. Definisi tajwid:
a. Bahasa (literal): Memperelok sesuatu
b. Istilah: Melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang
betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf yakni sifat aslinya, dan sifat mustahak(mendatang)nya.
2. Hukum belajar ilmu tajwid: Fardu kifayah. Hukum membaca
al-quran dengan bertajwid pula Fardu Ain.
3. Tumpuan perbincangan: Pada kalimah-kalimah al-Quran
4. Kelebihan: Ilmu tajwid amat mulia kerana berkaitan dengan
pembacaan al-Quran
5. Penyusun ilmu tajwid: Imam-imam qiraat
6. Faedah: Mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat
reda Allah SWT di dunia dan akhirat
7. Dalil:
ورتل القرءان ترتيلا
Maksud: Bacalah al-Quran itu dengan secara tartil. (surah
al-Muzammil:4)
Makna tartil menurut saidina Ali r.a ialah mentajwidwkan
huruf dan tahu tempat berhenti.
عن زيد بن ثابت رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله
عليه وسلم: إن الله تعالى يحب أن يُقرأ القرءان غضًّا كما أُنزل
Maksudnya:
Daripada Zaid bin Tsabit r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya
Allah SWT
menyukai hambanya membaca al-Quran secara tepat sebagaimana ia
diturunkan. (riwayat Ibnu Khuzaimah)
8. Nama
ilmu ini: Ilmu tajwid.
9.
Permasalahan: Membincangkan kaedah dan cara bacaan al-Quran secara keseluruhan
yang memberi pengertian cabangan.
10
Matlamat: Memelihara lidah daripada kesalahan membaca ayat-ayat al-Quran pada
ketika membacanya. Membaca sejajar dengan penurunannya yang sebenar dari Allah
SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang melimpas di fikiran.