Selamat datang... inila tarian orang Lun Bawang di Ba' Kelalan
Hari kedua di Ba' Kelalan, kami berjalan melintasi sawah padi dan dua jambatan gantung untuk ke SK Ba' Kelalan di Kampung Long Langai dari tempat kami bermalam di Apple Lodge Kampung Buduk Nur. Kami menjalankan aktiviti-aktiviti khas untuk anak-anak sekolah.
Murid-murid SK Ba' Kelalan sedang buat choral speaking.
SK Ba' Kelalan ini sangat spesel sebab sekolah ini diiktiraf oleh Komanwel kerana penglibatan ibu bapa dan komuniti yang hebat. Ibu bapanya bukan ke sekolah hanya waktu mesyuarat PIBG, tetapi juga dalam banyak aktiviti yang dijalankan di sekolah. Bayangkan, waktu kami datang, berbaris ibu bapa mereka menyambut kami. Kami pun berziarah dengan mereka.
Mereka juga banyak mendapat tajaan. Contohnya Canon telah membagi kamera digital sebanyak 15 (kalau nda silap) dan DSLR 3 buah. Semuanya murid-murid yang kendalikan. Walaupun di pedalaman, mereka juga tidak tertinggal dengan arus teknologi. Sekolah ini juga menjadi sekolah angkat MAS Wings.
Keadaan sekolah di SK Ba' Kelalan. Apa, kamu ingat di pedalaman tiada kem kanopi ka?
Murid-murid mereka juga sangat cemerlang. Tahun lepas, peratus lulus UPSR mencapai 86% (kalau nda silap) dengan yang gagal hanya dua orang. Most of them are also quite proficient in English and can even explain about nature conservation and polution!
Kami difahamkan pelajaran mereka ndak terhad di bilik darjah saja, tapi juga di luar bilik darjah. Mereka ada aktiviti stargazing sambil melimpang di padang, masuk hutan mengenal tumbuhan, memproses garam bukit dan sebagainya.
Sebahagian kraftangan orang Lun Bawang di Ba' Kelalan yang ada dijual di sekolah time tu.
Produk Ba' Kelalan. Kecuali tiga benda di belakang tu.
Kraftangan berasaskan manik.
Memandangkan komuniti sekitar sangat aktif dalam membangunkan sekolah ini, jadi ada yang menjual kraftangan dan produk keluaran tempatan di sekolah ini. Antara produk yang hot ialah beras Ba' Kelalan (yang paling sedap pernah saya makan di dunia ni) RM20 segantang dan garam bukit asli. Kalau bertuah, silap-silap ada epal. Kami diberitahu, dijangkakan ladang epal akan membuahkan hasil pada bulan sepuluh karang.
Bilik darjah SK Ba' Kelalan.
Bilik darjah di sini tidak macam bilik-bilik darjah ortodoks yang selalu kita lihat. Mereka mengamalkan konsep seolah-olah terdapat suasana kekeluargaan di dalam bilik darjah. Kelas ini dihias, diceriakan dan diselenggara oleh orang-orang kampung. Setiap sebuah bilik darjah dijadikan anak angkat oleh sebuah kampung di Ba' Kelalan.
IKLAN
Janganlah sibuk-sibuk tanya siapa gadis-gadis itu. Kamu ndak kenal juga tu.
APPLE LODGE, Kampung Buduk Nur Ba' Kelalan. Kami merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak lodge yang memberi makan nasi Ba' Kelalan yang berkualiti. Terima kasih juga kepada Pak Tagal yang sudi melayan kami dengan penuh ramah mesra. Siapa yang mahu tengok surat daripada George W Bush, bolehla datang dan tinggal di sini.
bA'KELALAN MEMANG TEMPAT YANG ASYIK DAN MENDAMAIKAN. TAHUN LEPAS PROGRAM BERSAMA SEKOLAH ANGKAT MAS WINGS DI BULAN RAMADHAN , SAYA DAPAT MENGHABISKAN BEBERAPA JUZ AL QURAN. WALAUPUN SEMUA PENDUDUK BERAGAMA ISLAM , FADILAT RAMADHAN TETAP ADA DI MANA- MANA.
BalasPadamTAHUN INI BA'KELALAN TUNGGU KEDATANGAN SAYA DIBULAN RAMADHAN LAGI.