WASPADA Blog ini ada memakai bahasa Sabah, dan kadang-kadang, bahasa Brunei.
Memaparkan catatan dengan label Ba' Kelalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ba' Kelalan. Papar semua catatan

03 Julai 2013

Bejaur- Hari Ketiga: Kampung Buduk Nur Ba' Kelalan

Hari ketiga di Ba' Kelalan melibatkan aktiviti khidmat masyarakat di sini Kampung Buduk Nur. Kampung yang di sekitar SK Ba' Kelalan itu pula dikenali sebagai kampung Long Langai. Ini kampung yang dekat lodge tempat kami bermalam dan bermanja.

Sebelum itu, kami melakukan aktiviti-aktiviti yang menjamin kesihatan iaitu senaman pagi. Waktu pagi di sini sangat sejuk. Sejuknya ekstrim sehinggakan keluar wap dari mulut. Macam di Korea/Jepun/Paris/London pula rasanya.

Jalan raya yang lebar ini digunakan sebagai landasan kapal terbang dan tempat orang bersenam

Pemandangan musim kemarau di Ba' Kelalan pada waktu pagi. Macam bukan kemarau kan?

Kami difahamkan waktu kami pergi ni Ba' Kelalan sedang kemarau. Menurut penduduk, antara simptom gejala kemarau ialah kabus melitupi gunung-ganang berhampiran. Andai musim hujan, gunung dan ganang sekitar Ba' Kelalan akan jelas kelihatan.

Gereja besar Buduk Nur.

Kesemua penduduk asal di Ba' Kelalan adalah dari etnik Lun Bawang 100%, yang menganut agama Kristian mazhab SIB (Sidang Injil Borneo). Tidak hairanlah mereka mempunyai gereja besar seperti yang biasa dilihat di bandar raya Kota Kinabalu.

Ruang dalam gereja terbabit.

Gereja ini selain daripada menjadi pusat keagamaan, gereja ini turut berfungsi sebagai pusat komuniti kampung ini. Di hadapannya ada padang bola, di siringnya ada dewan, perpustakaan, dan satelit MAXIS.

Aku bersama keluarga angkat. Aku yang pakai baju biru muda tu.

Petangnya kami meluangkan masa bersama keluarga angkat. Aku dan rakan-rakan meluangkan masa dengan mommy Mina Sigar (baju ungu) di Kampung Buduk Nur. Beliau hanya mempunyai anak perempuan lima orang dan alangkah gembiranya beliau apabila tiba-tiba mendapat tiga orang anak lelaki (rujuk gambar). Kebetulan dua orang anak perempuannya ada di rumah (rujuk gambar). Yang tiga orang lagi di luar kawasan.

Kebetulan waktu kami datang, beliau sedang menjemur padi. Kami pun menengok-nengok padi beliau sementara mommy membentang tikar di rumah.

Kawanku: Padi ni lepas dijemur mau buat apa?
Aku: Proses jadi beras.
Kawanku: Macam mana tu diproses
Aku: Kupas tu padi satu-satu
Kawanku: Ohhh....
Aku: (Hehehehehe)

Warga Ba' Kelalan sangat ramah mesra. Mommy juga sangat sporting dan amat mesra. Sampai kawan saya (yang pakai baju biru muda dalam gambar) usik dia pun dia layan juga. Terima kasih mommy. Saaayang mommy.

25 Jun 2013

Bejaur- Hari Kedua: SK Ba' Kelalan

Selamat datang... inila tarian orang Lun Bawang di Ba' Kelalan

Hari kedua di Ba' Kelalan, kami berjalan melintasi sawah padi dan dua jambatan gantung untuk ke SK Ba' Kelalan di Kampung Long Langai dari tempat kami bermalam di Apple Lodge Kampung Buduk Nur. Kami menjalankan aktiviti-aktiviti khas untuk anak-anak sekolah.

Murid-murid SK Ba' Kelalan sedang buat choral speaking.

SK Ba' Kelalan ini sangat spesel sebab sekolah ini diiktiraf oleh Komanwel kerana penglibatan ibu bapa dan komuniti yang hebat. Ibu bapanya bukan ke sekolah hanya waktu mesyuarat PIBG, tetapi juga dalam banyak aktiviti yang dijalankan di sekolah. Bayangkan, waktu kami datang, berbaris ibu bapa mereka menyambut kami. Kami pun berziarah dengan mereka.

Mereka juga banyak mendapat tajaan. Contohnya Canon telah membagi kamera digital sebanyak 15 (kalau nda silap) dan DSLR 3 buah. Semuanya murid-murid yang kendalikan. Walaupun di pedalaman, mereka juga tidak tertinggal dengan arus teknologi. Sekolah ini juga menjadi sekolah angkat MAS Wings.

Keadaan sekolah di SK Ba' Kelalan. Apa, kamu ingat di pedalaman tiada kem kanopi ka?

Murid-murid mereka juga sangat cemerlang. Tahun lepas, peratus lulus UPSR mencapai 86% (kalau nda silap) dengan yang gagal hanya dua orang. Most of them are also quite proficient in English and can even explain about nature conservation and polution!

Kami difahamkan pelajaran mereka ndak terhad di bilik darjah saja, tapi juga di luar bilik darjah. Mereka ada aktiviti stargazing sambil melimpang di padang, masuk hutan mengenal tumbuhan, memproses garam bukit dan sebagainya.

Sebahagian kraftangan orang Lun Bawang di Ba' Kelalan yang ada dijual di sekolah time tu.

Produk Ba' Kelalan. Kecuali tiga benda di belakang tu.

Kraftangan berasaskan manik.

Memandangkan komuniti sekitar sangat aktif dalam membangunkan sekolah ini, jadi ada yang menjual kraftangan dan produk keluaran tempatan di sekolah ini. Antara produk yang hot ialah beras Ba' Kelalan (yang paling sedap pernah saya makan di dunia ni) RM20 segantang dan garam bukit asli. Kalau bertuah, silap-silap ada epal. Kami diberitahu, dijangkakan ladang epal akan membuahkan hasil pada bulan sepuluh karang.

Bilik darjah SK Ba' Kelalan. 

Bilik darjah di sini tidak macam bilik-bilik darjah ortodoks yang selalu kita lihat. Mereka mengamalkan konsep seolah-olah terdapat suasana kekeluargaan di dalam bilik darjah. Kelas ini dihias, diceriakan dan diselenggara oleh orang-orang kampung. Setiap sebuah bilik darjah dijadikan anak angkat oleh sebuah kampung di Ba' Kelalan.

IKLAN

Janganlah sibuk-sibuk tanya siapa gadis-gadis itu. Kamu ndak kenal juga tu.

APPLE LODGE, Kampung Buduk Nur Ba' Kelalan. Kami merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak lodge yang memberi makan nasi Ba' Kelalan yang berkualiti. Terima kasih juga kepada Pak Tagal yang sudi melayan kami dengan penuh ramah mesra. Siapa yang mahu tengok surat daripada George W Bush, bolehla datang dan tinggal di sini.



24 Jun 2013

Bejaur- Perjalanan ke Ba' Kelalan

Semalam, aku baru pulang dari Ba' Kelalan, untuk program IPG. Jalannya jauh. Dari Lawas saja, mau 152 kilometer ikut jalan balak naik 4WD. Inilah Journey kami pegi Ba' Kelalan hari tu.

Sempadan Sabah-Sarawak. Ini di sebelah Sarawak di Merapok. Pergi Lawas bolehla naik bas sewa khas.

Ah, inilah jalan pergi Ba' Kelalan. Kau rasa seolah-olah kereta tu tayar dia empat segi.

Tiba-tiba macam ada habuk.

Astaga....rupanya ada lori balak limpas....

Terus berhabuk tahap S. Gambar ni time habuk dia mau hilang-hilang sudah

Perjalanan Ba' Kelalan mengambil masa yang lama. Kalau kemarau berhabuk dan kalau hujan licak. Kalau duduk di belakang double cabin time kemarau, maka kamu akan makan debu pasir dan habuk sepanjang jalan ini. Namun begitu, jalan berturap boleh didapati 15 minit selepas kem balak.

Kem Balak. Ini waktu singgah di kantin kem balak. Sebab kawan saya bilang dia mau kencing.

Di sinilah kami singgah untuk menunggu kawan-kawan yang lain. Di sini jalan dia sudah aspal

Pemandangan yang indah dari tempat singgah.

Ada cara lain untuk ke Ba' Kelalan iaitu dengan naik kapal terbang dari Lawas. MAS Wing ada penerbangan tiga kali seminggu pakai kapal terbang kecil yang boleh muat 19 orang kalau ndak silap.

Nanti saya tuliskan post mengenai Ba' Kelalan. Sekian saja dulu. Bai.