WASPADA penulis bukanlah pakar dalam bidang qiraat mahu pun
tajwid. Penulis hanya ingin berkongsi sedikit asas ilmu tajwid yang
diketahuinya dengan cara yang ringkas. Untuk persoalan mengenai hukum tajwid
tahap S, T, X, W dan sebagainya, berbincanglah dengan tuan-tuan guru, ustaz
atau sheikh yang pakar.
Kita telah pun mengenali lima bahgian makhraj secara umum. Kini kita akan menjelajahi makhraj yang pertama iaitu Jaufiyah.
Makhraj Jaufiyah juga terbahagi kepada empat.
Makhraj pertama melibatkan dari rongga kerongkong hingga rongga mulut (Klik pada gambar supaya besar) |
Makhraj kedua melibatkan pangkal kerongkong (Gambar hendaklah diklik supaya besar) |
Makhraj ketiga melibatkan bahagian tengah kerongkong (Supaya besar, klikla pada gambar) |
Makhraj keempat pula melibatkan hujung kerongkong (Pada gambar diklik, besarlah ia) |
Kesimpulannya, Makhraj Halkum ada enam huruf yang bukan huruf mad, iaitu (ء، ه، ع، ح، غ، خ). Selain itu, huruf-huruf ini jugak dikenali sebagai huruf Halqiah ( حَلْقِيَّة ).
Pertanyaan: Pernah dengar bahawa huruf 'ain dibunyikan tidak berdengung, iaitu tidak melibatkan angin keluar dari hidung. Sejauh manakah kenyataan itu benar? Terima kasih.
BalasPadam