WASPADA Blog ini ada memakai bahasa Sabah, dan kadang-kadang, bahasa Brunei.

23 Julai 2013

Tajwid- Pengenalan Makhraj Huruf

WASPADA penulis bukanlah pakar dalam bidang qiraat mahu pun tajwid. Penulis hanya ingin berkongsi sedikit asas ilmu tajwid yang diketahuinya dengan cara yang hensem. Untuk persoalan mengenai hukum tajwid tahap S, T, X, W dan sebagainya, berbincanglah dengan tuan-tuan guru, ustaz atau sheikh yang pakar.

MAKHARIJ AL-HURUF ( الحروف  مخارج )

Makhraj ialah tempat bunyi huruf keluar. Kadang-kadang orang cakap "bukan semua bunyi keluar di mulut ka?" Memang la ba. Kan di mulut ada lidah, bibir, gigi, kerongkong, bunyi yang keluar dari idung pun ada.
Mengaji mengikut makhraj yang betul sangat penting. Kalau ada yang sembahyang lalu membaca surah al-Fatihah dengan makhraj yang salah, maka risiko untuk tidak sah  sembahyang adalah tinggi.
Inilah organ yang dipakai untuk makhraj huruf. Ingat lagi post 'Alat-Alat Ucapan'?

Haji Abdul Qadir Leong (1996), Tajwid al-Quran Rasm Uthmani. Brunei.
Makhraj Huruf boleh dibagi-bagi kepada beberapa kategori:

1. Jaufiyah ( جوفية ): Makhraj yang membabitkan rongga kerongkong hingga rongga mulut (oral cavity). Keluar daripadanya bunyi-bunyi mad (vokal).

2. Halqiyah ( حلقية ): Makhraj yang keluar di sekitar kerongkong.

3. Lisan ( لسان ): Makhraj yang keluar di sekitar lidah. Gunalah Colgate 360 dengan pembersih gigi dan lidah. Jadi tiadalah gigi yang rompang.

4. Shafawiyyah ( شفوية ): Makhraj yang membabitkan bieber bibir.

5. Khaisyum  ( خيشم ): Makhraj yang keluar dari idung. Lagu 'Pencinta Wanita' adalah contoh lagu yang banyak menggunakan makhraj ini.


Itu sajalah dulu untuk kali ini. Insya Allah ada jalannya, kita akan membincangkan lagi makhraj-makhraj ini secara satu-satu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang melimpas di fikiran.