WASPADA Blog ini ada memakai bahasa Sabah, dan kadang-kadang, bahasa Brunei.

15 Julai 2013

Tajwid- Tingkatan Bacaan al-Quran

Setelah beberapa lama blog ini tidak mempost sesuatu berkaitan tajwid, jadi hari ini aku akan menulis sedikit fakta mengenai pembacaan al-Quran.

Terdapat empat tingkatan atau martabat bacaan al-Quran, dari aspek kelajuan bacaan sama ada laju, lekas, pantas, perlahan atau slow.

Berikut merupakan kategori yang terbabit.

1. Al-Tartil

Bacaan yang slow, tenang dan melafazkan huruf-huruf secara tepat dari segi makhraj dan sifatnya di samping memelihara hukum tajwid dengan teliti. Juga merenung makna dan pengajaran ayat yang dibaca. Tingkatan bacaan ini lebih baik, utama dan hensem. Firman Allah SWT:

وَرَتَّلۡنَـٰهُ تَرۡتِيلاً
Maksudnya: Telah kami (Allah) membacakannya (al-Quran) kepadamu (Muhammad) secara tartil.

2. At-Tahqiq

Bacaannya seperti tartil tetapi lebih slow memandangkan pembaca amat serius dalam membetulkan makhraj huruf dan mengasi tepat kadar panjang mad dan dengung. Bacaan seperti ini biasanya diaplikasikan oleh mereka yang baru belajar mengaji secara menyeluruh supaya dapat melatih lidah menyebut huruf dengan hensem.

3. Al-Hadar

Bacaan ini cepat tetapi memelihara hukum-hukum tajwid. Biasanya diaplikasikanoleh para penghafaz al-Quran supaya mereka dapat mengulang-ulang bacaan dalam masa yang sikit.

4. At-Tadwir

Tingkatan antara Tartil dan Hadar, sangat memelihara hukum tajwid. Biasa diaplikasikan ketika sembayang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang melimpas di fikiran.