WASPADA Blog ini ada memakai bahasa Sabah, dan kadang-kadang, bahasa Brunei.

07 Disember 2013

Tajwid- Makhraj Lisaniyyah bahagian 2

Makhraj lidah ialah satu makhraj yang hensem sebab dia banyak. (Malas ba mau taip balik)
Kesinambungan. Bahagian satu tekan la di sini.

D. Siring hujung lidah / Dzalqiyah ( ذلقية )
Siring hujung lidah diangkat ke lelangit keras lalu menekan gusi gigi depan (gusi yang di atas aa...) yang menyekat udara, lepas itu menekan udara yang terperangkap menerobosi sekatan, terhasillah bunyi huruf lam ( ل ).

ل


Siring hujung lidah diangkat ke lelangit keras lalu menekan gusi gigi depan (dekat makhraj lam, tapi ke dalam lagi sikit) yang menyekat udara, lepas tu lelangit lembut diturunkan kemudian menekan udara yang disekat sampai terkeluar dari mulut dan idung, terhasillah bunyi huruf nun ( ن ).

ن


Siring hujung lidah berhampiran makhraj huruf nun ( ن ) lepas itu dilenturkan lidah ke belakang, terhasillah bunyi huruf ra' ( ر ).

ر


E. Lelangit keras / Nith'iyyah ( نطعية )
Hujung lidah diangkat menekan ke lelangit keras, terhasillah bunyi huruf tha' @ to ( ط ), dal ( د ), dan ta ( ت ). Bezanya ialah level tekanan udara. Huruf tha' ( ط ) paling kuat, diikuti dengan dal ( د ), dan ta ( ت ).

ت د ط


F. Hujung Lidah / Asaliyyah ( أسلية )
Hujung lidah di tekan ke belakang gigi kacip fatimah di sebelah bawah. Terhasillah bunyi huruf shad @ sod ( ص ), sin ( س ), dan zai ( ز ). Bezanya ialah level tekanan udara. Huruf shad ( ص ) paling kuat, kedua huruf sin ( س ), baru huruf zai ( ز ).

ص س ز


G. Gusi / Litsaliyyah ( لثوية )

Hujung lidah dikelaurkan sedikit antara hujung gigi gunting atas dan gigi gunting bawah. Keluarlah bunyi huruf zha @ zo ( ظ ), huruf dzal ( ذ ), dan tsa ( ث ). Bezanya ialah level tekanan udara. Huruf zha ( ظ ) paling hensem, kemudian huruf dzal ( ذ ), lepas itu tsa ( ث ).

ظ ذ ث

Alhamdulillah, selesai pelajaran makhraj lidah. Bolehlah menjamu selera makan kuih lidah dengan sup lidah. Sekian, terima kasih.

05 Disember 2013

Tajwid- Makhraj Lisaniyyah bahagian 1

Makhraj lidah merupakan antara pelajaran yang paling hensem dalam ilmu tajwid dalam bidang makharij al-huruf. Ini kerana makhraj lidah membabitkan lapan belas huruf dari sepuluh sub-makhraj yang berbeja. Berbeza.

A. Pangkal lidah / Lahwiyyah ( لهوية )
Tatkala pangkal lidah dinaikkan ke lelangit lembut, aww, lalu ditekankan pada anak tekak gantung-gantung, maka terhasillah bunyi huruf qaf ( ق ).
ق

Andal pangkal lidah itu dijauhkan sikit ke luar dari anak tekak terbabit, terhasil pula bunyi huruf kaf ( ك ).
ك


B. Pertengahan lidah / Syajariyah ( شجرية )

Tatkala bahagian tengah lidah diangkat ke lelangit keras lalu terdapat tekanan angin, maka terhasillah huruf jim ( ج ), syin ( ش ), dan ya ( ي ). Perbezaan bunyi adalah mengikut setakat level mana lidah itu dikasi naik.
ي ش ج


C. Siring lidah / Janbiyyah ( جنبية )
Sepanjang bahagian siring lidah ditekankan pada geraham atas, kanan atau kiri pilihlah yang mana satu. Terhasillah bunyi huruf dhad ( ض ).
ض



Sekian bahagian satu. Yay.....

14 Oktober 2013

Salam AidilAdha

Saya di kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Haji Aidiladha, semoga para hujjaj jemaah haji sekalian mendapat haji yang mabrur dan pengorbanan kita pada tahun ini diterima Allah SWT dan dianugerahkan pahala.

Pergilah bersembahyang raya di masjid dan surau dengan memakai pakaian yang hensem, lawa dan changgih. Dengarlah khutbah yang disampaikan dengan sepenuh perhatian dan renungilah isi pengajarannya walaupun hanya sunat. Untuk mereka yang belum menunaikan zakat fitrah untuk Ramadan yang lalu, ketahuilah bahawa awda merupakan orang yang rugi sebab Hari Raya Haji mana ada bayar zakat fitrah.

Jika anda berkemampuan, berkorbanlah binatang ternak al-an'am seperti kerbau, kambing, bebiri, unta, camel, sapi, kibas, lembu dan sebagainya. Jika anda berkemampuan, jadilah saksi penyembelihan korban kita, setidak-tidaknya sehingga titisan darah pertama jatuh ke bumi. Insafilah, amal ibadah korban itu terlebih dulu sampai ke sisi Allah SWT sebelum tumpah titisan darah binatang korban itu menyentuh bumi.

Mudah-mudahan kita akan diberi peluang menunaikan kedua-dua ibadah hebat ini, iaitu naik haji ke Makkah dan memotong korban.

Moga jumpa lagi. Babai.

Haaa....kerbau sekalian jagalah kamu....
(Seperti yang dijangka saya jarang apdet. Tergendala sudah pelajaran tajwid terbabit. Lepas ni musim exam pula. Nantilah kali waktu chuti baru rajin mengapdet)


19 September 2013

Saifuddien and the Beanstalk -Part Two

One day, there was not much money left. Saifuddien decided to climb the beanstalk again.

When he started to climbed, his mother saw him again and tried to stop him but Saifuddien did not listen to his mother.

He saw the giant woman again inside of the castle. "Be careful small boy, my husband was very angry because his money has been stolen" she warned Saifuddien.

Suddenly, they heard a loud noise.

"Fee, fi, fo, fum. Watch out everybody. Here I come!" the giant appeared.

The giant woman quickly hid Saifuddien in another cupboard.

"I smelt the blood of a small boy. I want to eat him!" said the giant. "Oh dear, there are no small boy in this house. It must be your imagination" said the giant woman.

Then, the giant sat down and took out his magic hen. When he said "lay!", the hen laid a golden egg.
Soon, the giant fell asleep.

Saifuddien, who watched the giant, silently sneaked out from the cupboard and took the magic hen. Then, he climbed down the beanstalk and gave the magic hen to his mother.

The next day, he wanted to climbed the beanstalk again. This time, his mother did not see him.

He saw the giant woman again inside of the castle. "Be careful small boy, my husband was very angry because his money and his magic hen have been stolen" she warned Saifuddien.

Suddenly, they heard a loud noise.

"Fee, fi, fo, fum. Watch out everybody. Here I come!" the giant appeared.

The giant woman quickly hid Saifuddien in another cupboard.

"I smelt the blood of a small boy. I want to eat him!" said the giant. "Oh dear, there are no small boy in this house. It must be your imagination" said the giant woman.

Then, the giant sat down and took out his magic lute. When he said "play!", the lute played a beautiful music.
Soon, the giant fell asleep.

Saifuddien, who watched the giant, silently sneaked out from the cupboard and took the magic lute. Then, he climbed down the beanstalk.

"Be careful small boy! My husband is behind you" the giant woman shouted to warn Saifuddien. The giant tried to chase Saifuddien.

When he reached the ground, Saifuddien called his mother for help. Then, his mother cut the tree down. The tree fell down. The giant also fell down and died.

Saifuddien and his mother lived happily ever after.

THE END


10 September 2013

Saifuddien and the Beanstalk- Part One

Once upon a time, there was a boy named Saifuddien. He lived with his mother. They were very poor. They had no money, and they had no food. The only they had was one cow.

One day, her mother called Saifuddien and said "Can you bring our cow to the market and sell her? Then, bring the money back to me"

Saifuddien took the cow to the market for sale. On his way to the market, he met a man who wanted to buy his cow.

"I don't have money, but I have something better than money" said the man. "What is it, Hajji?" asked Saifuddien. "Here, five magic beans". Saifuddien was very curious. He agreed to sell the cow for the five magic beans.

When Saifuddien got home, he excitedly showed the beans to his mother. His mother was very angry. "I told you to get some money, not beans. These beans are no good for us" said his mother. "But these beans are magic" said Saifuddien. His mother did not listen to Saifuddien. She threw the beans out of the window.

The next morning, when Saifuddien woke up, he  was very shocked to see a very tall and big beanstalk out of his window. "I wanted to climbed to the top" said Saifuddien. When he started to climb, his mother saw him and tried to stop him but Saifuddien did not listen to his mother.

At the top of the beanstalk, he was very excited. "Whoaa... I reached the sky!". He saw a giant castle with a giant door. He decided to open the door.

He saw a giant woman inside of the castle. She was very kind. "Be careful small boy, my husband likes to eat small boy" she warned Saifuddien.

Suddenly, they heard a loud noise.

"Fee, fi, fo, fum. Watch out everybody. Here I come!" the giant appeared.

The giant woman quickly hid Saifuddien in the cupboard.

"I smelt the blood of a small boy. I want to eat him!" said the giant. "Oh dear, there are no small boy in this house. It must be your imagination" said the giant woman.

Then, the giant sat down and took out his money. He started to count his money. Soon, he fell asleep.


Saifuddien, who watched the giant, silently sneaked out from the cupboard and took all the money. Then, he climbed down the beanstalk and gave the money to his mother. She was very happy.

One day, there was not much money left. Saifuddien decided to climb the beanstalk again.

TO BE CONTINUED...

08 Ogos 2013

Selamat Hari Raya

Saya di kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Saya menyusun sepuluh jari dan satu tetikus memohon maaf sekiranya ada yang terkurang di Tupi Purak selama revivalnya ini.

Ceriakanlah Hari Raya awda dengan muka yang hensem dan baju-bajuan yang changgih. Semoga segala amal ibadah, kesabaran dan kebajikan kita diterima oleh Allah SWT dan berkekalan sehingga bila-bila. Mudah-mudahan kita dibagi lagi peluang untuk berjumpa bulan Ramadan di taun depan.

Babai.
Siapa nda puasa nda bulih beraya....

(Tupi Purak sibuk beraya. Lepas tu musim esaimen. Entah bila mau apdet)

26 Julai 2013

Tajwid- Makhraj Jaufiyah

WASPADA penulis bukanlah pakar dalam bidang qiraat mahu pun tajwid. Penulis hanya ingin berkongsi sedikit asas ilmu tajwid yang diketahuinya dengan cara yang ringkas. Untuk persoalan mengenai hukum tajwid tahap S, T, X, W dan sebagainya, berbincanglah dengan tuan-tuan guru, ustaz atau sheikh yang pakar.

Kita telah pun mengenali lima bahgian makhraj secara umum. Kini kita akan menjelajahi makhraj yang pertama iaitu Jaufiyah.

Makhraj Jaufiyah juga terbahagi kepada empat.

Makhraj pertama melibatkan dari rongga kerongkong hingga rongga mulut
(Klik pada gambar supaya besar)
Makhraj pertama melibatkan rongga kerongkong sehingga rongga mulut, dan dari makhraj ini terhasillah huruf-huruf mad iaitu Alif, wau dan ya (ا، و، ي). Di dalam mushaf rasm uthmani, huruf-huruf ini tidak diberi tanda mati di atasnya bagi menunjukkan yang huruf-huruf ini merupakan huruf mad.

Makhraj kedua melibatkan pangkal kerongkong
(Gambar hendaklah diklik supaya besar)
Makhraj kedua pula membabitkan bahagian pangkal kerongkong. Makhraj ini menghasilkan bunyi huruf hamzah, dan ha (ء، ه).

Makhraj ketiga melibatkan bahagian tengah kerongkong
(Supaya besar, klikla pada gambar)
Makhraj ketiga pula melibatkan bahagian tengah kerongkong yang menghasilkan huruf 'ain dan ha' (ح، ع).

Makhraj keempat pula melibatkan hujung kerongkong
(Pada gambar diklik, besarlah ia)
Makhraj keempat ini pula membabitkan hujung kerongkong, iaitu di sebelah atas berhampiran anak lidah atau halkum yang bergantung-gantung itu. Keluar daripadanya huruf ghain dan kha (خ، غ).

Kesimpulannya, Makhraj Halkum ada enam huruf yang bukan huruf mad, iaitu (ء، ه، ع، ح، غ، خ). Selain itu, huruf-huruf ini jugak dikenali sebagai huruf Halqiah ( حَلْقِيَّة ).





23 Julai 2013

Tajwid- Pengenalan Makhraj Huruf

WASPADA penulis bukanlah pakar dalam bidang qiraat mahu pun tajwid. Penulis hanya ingin berkongsi sedikit asas ilmu tajwid yang diketahuinya dengan cara yang hensem. Untuk persoalan mengenai hukum tajwid tahap S, T, X, W dan sebagainya, berbincanglah dengan tuan-tuan guru, ustaz atau sheikh yang pakar.

MAKHARIJ AL-HURUF ( الحروف  مخارج )

Makhraj ialah tempat bunyi huruf keluar. Kadang-kadang orang cakap "bukan semua bunyi keluar di mulut ka?" Memang la ba. Kan di mulut ada lidah, bibir, gigi, kerongkong, bunyi yang keluar dari idung pun ada.
Mengaji mengikut makhraj yang betul sangat penting. Kalau ada yang sembahyang lalu membaca surah al-Fatihah dengan makhraj yang salah, maka risiko untuk tidak sah  sembahyang adalah tinggi.
Inilah organ yang dipakai untuk makhraj huruf. Ingat lagi post 'Alat-Alat Ucapan'?

Haji Abdul Qadir Leong (1996), Tajwid al-Quran Rasm Uthmani. Brunei.
Makhraj Huruf boleh dibagi-bagi kepada beberapa kategori:

1. Jaufiyah ( جوفية ): Makhraj yang membabitkan rongga kerongkong hingga rongga mulut (oral cavity). Keluar daripadanya bunyi-bunyi mad (vokal).

2. Halqiyah ( حلقية ): Makhraj yang keluar di sekitar kerongkong.

3. Lisan ( لسان ): Makhraj yang keluar di sekitar lidah. Gunalah Colgate 360 dengan pembersih gigi dan lidah. Jadi tiadalah gigi yang rompang.

4. Shafawiyyah ( شفوية ): Makhraj yang membabitkan bieber bibir.

5. Khaisyum  ( خيشم ): Makhraj yang keluar dari idung. Lagu 'Pencinta Wanita' adalah contoh lagu yang banyak menggunakan makhraj ini.


Itu sajalah dulu untuk kali ini. Insya Allah ada jalannya, kita akan membincangkan lagi makhraj-makhraj ini secara satu-satu.

22 Julai 2013

Tajwid- Alat-Alat Ucapan

WASPADA penulis bukanlah pakar dalam bidang qiraat mahu pun tajwid. Penulis hanya ingin berkongsi sedikit asas ilmu tajwid yang diketahuinya dengan cara yang hensem. Untuk persoalan mengenai hukum tajwid tahap S, T, X, W dan sebagainya, berbincanglah dengan tuan-tuan guru, ustaz atau sheikh yang pakar.

ALAT-ALAT UCAPAN
Haji Abdul Qadir Leong (1996): Tajwid al-Qur'an Rasm Uthmani. Brunei Darussalam.
1. Bieber Bibir mulut
2. Gigi
3. Gusi
4. Lelangit Keras
5. Lelangit Lembut
6. Anak lidah/Anak tekak
7. Hujung Lidah
8. Tengah Lidah
9. Pangkal Lidah
10. Epiglotis
11. Saluran makan
12. Rongga Mulut
13. Rongga Hidung (dengung)
14. Rongga Kerongkong
15. Bijik Halkum/Buku Lihir
16. Pita Suara
17. Saluran Nafas

21 Julai 2013

Liputan Khas- Ziarah Amal Ramadan 2013 ke Kampung Kauran Keningau

Baru-baru ini kami telah berkunjung ke Kampung Kauran untuk melaksanakan ziarah amal di Kampung Kauran, Keningau. Kampung ini mempunyai lebih 1000 orang penduduk, lebih 300 buah rumah, dan lebih 800 orang penduduk pula layak mengundi. Kaum pemudahan merangkumi lebih kurang 10 peratus.

Kebanyakan penduduk kampung adalah dari etnik Murut dan Dusun, dan rata-rata penduduk kampung ini beragama Islam.

Pemandangan dari luar masjid

Antara aktiviti yang dijalankan ialah khidmat masyarakat dan pemberian bantuan kepada 10 keluarga terpilih. 





Kerja-kerja membersih rumah Puan Rukiah.

Beramah mesra dengan anak damit

Saudara burungman

Rakan sedang membuat pendokumentasian

Gambar bersama keuarga Puan Rukiah.

Setelah selesai khidmat komuniti, terdapat pula majlis penutupan di Masjid Rahman Kampung Kauran selepas sembayang asar.

Bacaan doa oleh Ustaz Nazari

Ucapan oleh pengarah program, saudara Padli bin Sani

Ucapan oleh Ketua Kampung.

Ucapan perasmian oleh Ustazah Saidah Khadijah Ahmad

Penyampaian sumbangan kepada 10 keluarga terpilih

Penyampaian KulTum (Kuliah tujuh minit) oleh Ustaz Mohd Rusli

Dengan berakhirnya KulTum terbabit, berakhirlah juga majlis pada hari tersebut. Mudah-mudahan usaha yang hensem ini mendapat keredaan daripada Allah SWT.


20 Julai 2013

Sungkai @Putri Steamboat Keningau

Pada hari Rabu yang lalu saya dan rakan-rakan telah menyungkai di Putri Steamboat.

Rupa peralatan steamboat


Kedai steamboat terbabit

Putri Steamboat bersebelahan tempat bermain futsal

Bersedia untuk digunakan

Kuah tom yam. Terdapat juga kuah perisa manuk.

Buah yang pandai berbisik. 'Yusuf Taiyyob' ujar buah terbabit.

Di bawah untuk menggoreng, Di atas untuk merebus.

Janganla kamu tanya siapa. Nda kamu kenal juga tu.


Sesiapa yang berminat untuk menyungkai di sini, bayaran untuk orang dewasa ialah RM20 satu kepala. Dengan harga tersebut makanlah sepuas-puasnya dengan terkucap-kucap. Waspada andai tamaha mengambil banyak bahan lepas tu nda habis dimakan, bayaran lebih akan dikenakan. Pandai-pandailah mengukur makanan di perut sendiri.

15 Julai 2013

Tajwid- Tingkatan Bacaan al-Quran

Setelah beberapa lama blog ini tidak mempost sesuatu berkaitan tajwid, jadi hari ini aku akan menulis sedikit fakta mengenai pembacaan al-Quran.

Terdapat empat tingkatan atau martabat bacaan al-Quran, dari aspek kelajuan bacaan sama ada laju, lekas, pantas, perlahan atau slow.

Berikut merupakan kategori yang terbabit.

1. Al-Tartil

Bacaan yang slow, tenang dan melafazkan huruf-huruf secara tepat dari segi makhraj dan sifatnya di samping memelihara hukum tajwid dengan teliti. Juga merenung makna dan pengajaran ayat yang dibaca. Tingkatan bacaan ini lebih baik, utama dan hensem. Firman Allah SWT:

وَرَتَّلۡنَـٰهُ تَرۡتِيلاً
Maksudnya: Telah kami (Allah) membacakannya (al-Quran) kepadamu (Muhammad) secara tartil.

2. At-Tahqiq

Bacaannya seperti tartil tetapi lebih slow memandangkan pembaca amat serius dalam membetulkan makhraj huruf dan mengasi tepat kadar panjang mad dan dengung. Bacaan seperti ini biasanya diaplikasikan oleh mereka yang baru belajar mengaji secara menyeluruh supaya dapat melatih lidah menyebut huruf dengan hensem.

3. Al-Hadar

Bacaan ini cepat tetapi memelihara hukum-hukum tajwid. Biasanya diaplikasikanoleh para penghafaz al-Quran supaya mereka dapat mengulang-ulang bacaan dalam masa yang sikit.

4. At-Tadwir

Tingkatan antara Tartil dan Hadar, sangat memelihara hukum tajwid. Biasa diaplikasikan ketika sembayang.



10 Julai 2013

Fiqh Istimewa- Puasa Ramadan

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu membabitkan puasa Ramadan, berdasarkan kuliah maghrib yang mengupas kitab Fiqh Manhaji mazhab Syafie yang disampaikan di masjid di tempat saya.

Niat Puasa

Dalam mazhab kita, niat puasa fardu adalah pada malam hari sebelum terbit fajar, dan untuk bulan ramadan niat mesti diulang setiap hari, tidak boleh secara pukal. Ini kerana setiap sehari puasa merupakan ibadah yang berasingan. Melainkan kalau kau berpuasa hari pertama dan hanya berbuka pada malam raya (mana ada orang buat begini).

Perkara Membatalkan Puasa

1. Makan dan Minum dengan sengaja

Andai ada sisa makanan dalam mulut maka mestilah dikeluarkan jangan ditelan. Menelan air liur yang memang di dalam mulut tidak batal puasa walaupun juntra dan banyak. Tidak batal menelan sesuatu cecair yang tidak dapat dibezakan dengan air liurnya (mungkin berlaku selepas berkumur). Batal menelan air liur yang berserta dengan najis seperti darah (andai mulut luka). Tidak batal puasa jika makan secara lupa.

2. Muntah dengan sengaja

Muntah terjeluak secara tidak sengaja tidak membatalkan puasa. Mereka yang Anorexia Bulimia batal puasa. Tertelan sisa muntah yang tersekat di tekak (yuck) selepas termuntah (bukan sengaja aa..) tidak batal puasa.

3. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan

Rongga ini membabitkan lubang idung, lubang telinga, rongga halkum, lubang dubur dan qubul. Batal mengorek idung atau telinga sehingga kadar tenggelam kuku. Ini merangkumi semua jenis objek sama ada dari jenis makanan atau bukan.

4. Keluar darah haid, nifas dan wiladah

Batal puasa kalau bulan datang ke riba, walaupun nda lama lagi mau bersungkai.

5. Melakukan persetubuhan

Tidak boleh walaupun laki bini. Andai terbikin, mesti membayar kafarah dengan membebaskan seorang hamba (kalau ada. Ada lah sangat) atau puasa dua bulan berturut-turut atau mengasi makan orang miskin.

6. Gila

Kalau datang gila walaupun sekejap, batal la puasa. Gila di sini bermaksud hilang kesiuman akal bukan gila bola ka, gila talak ka, tergila-gilakan aku ka.

7. Murtad

Keluar Islam. Kalau orang terbabit kembali bertaubat maka mesti mengganti puasanya.

8. Istimna'

Mengeluarkan ayer money dengan sengaja. Kalau mimpi lembap tidak batal.

9. Bersungkai sebelum yakin masuk waktu maghrib

Agak-agak la. Yakin la sangat.

10. Pengsan sepanjang hari

Tidur bukan pengsan. Ia berbeza. Tidur sepanjang hari tidak batal puasa. Tapi berdosa la sebab sengaja nda sembayang.

* Penceramah yang menyampaikan kuliah maghrib ialah Ustaz Haziq lulusan universiti Jordan. Kini mengajar di SK Tuarid Taud Keningau.

Selamat Datang Ramadan!

Ramadan bulan mulia amat dimuliakan oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Bulan ini ditunggu kemunculannya. Itulah sebab ramai orang excited menengok pengumuman puasa di tivi.

Sempena Ramadan yang mulia ini, saya mau mengucapkan selamat berpuasa dan memperbanyak ibadah. Berusahalah mempertingkat amalan dan meminimumkan perbuatan yang tidak hensem. Ganbatte kudasai ne!

Insya Allah dengan kesempatan berjumpa bulan puasa ini, saya pun berkeinginan berkongsi perkara-perkara yang berkaitan dengan bulan Ramadan yang mulia ini.

Ramadan Kareem! Taqabbalallahu minni wa minkum.

09 Julai 2013

Liputan Khas- Malam Ekspresiasi Kesenian Islam (MEKI) Kolej Vokasional Keningau 2013

Semalam aku bersama rakan-rakan seperjuangan telah ke Kolej Vokasional Keningau untuk memenuhi undangan penganjur bagi memeriahkan MEKI 2013 di Kolej Vokasional terbabit.

Bersiguplah kalau mau kena tabak

Kami pun berlepas selepas maghrib dan sembahyang Isyak di surau kolej vokasional. Selepas itu kami pun ke dewan untuk menengok MEKI. Kami dibagi door gift membabitkan kuih dan cupcake.

MEKI dimulakan dengan nasyid oleh semester 2

Bernasyid sambil berdudun di tangga

Ahli kumpulan nasyid ini membabitkan saudara Ikmal, Alif, Habib, Syazwan, Fazli, Hafiz, Khairul dan Khairuddin

Selepas itu barulah ada ucapan-ucapan perasmian yang hensem. Dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara nasri

Bacaan doa oleh saudara Nasri. Ya, kabur... tiada duit beli kamera mahal...

Pengarah program, saudara Shah Azri

Puan Aisa Hj Maidin, pengarah Kolej Vokasional Keningau selaku perasmi

Selepas ucapan, kami dihidangkan dengan deklamasi sajak oleh saudari Zela Alex dan Norhijah Sulimin

Deklamasi sajak. Lembaga hitam di belakang tu bayang-bayang. Bukan rogon.

Waspada ada asap keluar di belakang

Kumpulan nasyid Form 5 menyumbangkan lagu Imam Muda.

Kumpulan nasyid Form 5 dengan pakaian yang semat menyumbangkan lagu Imam Muda. Ahlinya membabitkan saudara Mohd Zulfazly, Mohd Maliki, Asbindo, Syafee, dan Md Izamin.

Selepas nasyid oleh Form 5, kami dihidangkan dengan monolog-monolog.

Monolog Saitan disaitankan oleh saudara Alzana. Saitan sungguh.

Monolog Syaitan ini berkaitan dengan sejarah syaitan dan sesalan-sesalan beliau.

Monolog Pendosa 1 oleh saudara Adham

Monolog Pendosa 1 ini berkaitan dengan sesalan pendosa sebab kena palui-paluyi dan kena tipu oleh saitan.

 Monolog Pendosa 2 oleh Sazirul. Waktu dia masuk seolah-olah rogon dalam wayang seram Jepun 'the Cincin'.

Monolog Pendosa 2 memberi peringatan kepada manusia supaya nda kena palui-paluyi oleh Saitan. Selepas monolog-monolog ini kami dihidangkan dengan teater 'Adam yang Hilang' mengisahkan seorang pundan yang mencari keAdaman dirinya.

Nik Asrin atawa nama pundannya Nikky dilakonkan oleh Mohd al-Khalifa. Nikky memperkenalkan dirinya sebagai seorang pundan. Beliau menggunakan bahasa Malaya pure.

Nikky dan geng karasnya, Shasha (perempuan original) lakonan Martha. Shasha pada mulanya bercakap Malaya tapi pandai bertukar jadi bahasa Sabah.

Seorang lagi kawan Nikky iaitu Eyril lakonan Mohd Khuzainie. Dia mau meminjam duit membeli dadah tetapi kena marah oleh Shasha. Tapi Nikky kasi juga.

Akibat dadah, Eyril dibelasah oleh seorang samseng bernama Ameng

Sementara Shasha mau pergi berkonfrontasi dengan Ameng sambil cuba dihalang oleh Nikky, Eyril pun sihat sekejap untu mendedahkan yang dia sebenarnya anak orang kaya yang dibiarkan tanpa didikan ibu bapa.

Shasha mengkonfrontasi Ameng lakonan Sharizan. Kelihatan Eyril yang sudah nuhun.

Ameng menabak Shasha pakai pisau, kemudian beliau pun lari. Darah Shasha melimpah ruah ke ladang gandum.

Shasha berwasiat supaya Nikky insaf dan kembali ke pangkal jalan

Nik Asrin insaf selepas kedua-dua kawannya nuhun.

Kipas dilakonkan oleh kipas


Nik Asrin menziarah kubur Shasha di Hari Raya sebagai seorang lelaki betul

Selesai pementasan teater menandakan selesai la suda MEKI 2013.

Semua terlibat dalam MEKI 2013. Tahniah.

Semua event ada kelebihan dan kelemahan, bear in mind mereka masih dalam proses belajar.

Kelebihan:
-Flow majlis yang lancar dan teratur cekap masa
-Pengendalian pentas yang efisien
-Cupcake yang sedap
-Sistem pencahayaan yang hensem
-Penggunaan prop yang optimum.

Kelemahan
-Sesetengah persembahan tidak menepati syariah
-Sistem bunyi ada kelemahan
-Lagu nasyid Imam Mudanya ada hambur sikit

Semoga kelemahan ini dapat dibaiki dan dimantapkan lagi serta patuh syariah dalan aspek seni Islam dalam MEKI akan datang. OK la untuk usia peajar kolej vokasional.