WASPADA Blog ini ada memakai bahasa Sabah, dan kadang-kadang, bahasa Brunei.

14 Jun 2013

Tajwid- Kesalahan dalam membaca al-Quran

WASPADA penulis bukanlah pakar dalam bidang qiraat mahu pun tajwid. Penulis hanya ingin berkongsi sedikit asas ilmu tajwid yang diketahuinya dengan cara yang hensem. Untuk persoalan mengenai hukum tajwid tahap S, T, X, W dan sebagainya, berbincanglah dengan tuan-tuan guru, ustaz atau sheikh yang pakar.

Adapun Ulama Qiraat telah menbahagikan kesalahan-kesalahan al-Quran kepada dua:

1. Kesalahan yang nyata, ketara, kenampakan, diperasan, ditahu dan yang sama maksud dengannya, atau dikenali sebagai Lahnu al-Jaliy   اللحن الجليّ.

a. Apabila salah makhraj ketika menyebut huruf. Contoh:
إِذَا زُلۡزِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ زِلۡزَالَهَا
(Idza zulzilati'l ardhu zilzaalaha) dibaca ija juljilatil aldu jiljalaha (selalu ni berlaku, jangan main-main) seolah-olah huruf 'dzal' dan 'zai' itu huruf jim.
b. Apabila dibaca tidak betul baris. Contoh: ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ   (Alhamdulillah) dibaca 'Alhamdalillah' seolah-olah huruf 'dal' itu baris depan.

Kesalahan begini haram dibuat, dan kalau sengaja dibuat tatkala sembahyang, buleh batal. Nanti kena ejek-ejek, kena olok, kan nda siuk.

2. Kesalahan yang tersembunyi, terbetapuk, tersorok, nda diperasan, nda ditahu dan yang sama maksud dengannya atau dikenali sebagai Lahnu al-khafiyاللحن الخفيّ

Kesalahan ini nda mengubah maksud, contohnya:
a. Meninggalkan dengung di tempat yang perlu dengung.
b. Bacaan mad dengan kadar harakat yang nda tepat.
c. Tidak dapat membaca sesuatu huruf dengan sempurna sifatnya.

Kesalahan ini dihukumkan makruh dan aib di sisi ahli bacaan Quran. Walaupun kesalahan ini tidak merosakkan sembayang, tapi patutla ditinggalkan. Kesalahan ini biasanya dikesan hanya oleh mereka yang pandai tajwid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang melimpas di fikiran.