WASPADA Blog ini ada memakai bahasa Sabah, dan kadang-kadang, bahasa Brunei.
Memaparkan catatan dengan label refleksi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label refleksi. Papar semua catatan

14 Oktober 2013

Salam AidilAdha

Saya di kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Haji Aidiladha, semoga para hujjaj jemaah haji sekalian mendapat haji yang mabrur dan pengorbanan kita pada tahun ini diterima Allah SWT dan dianugerahkan pahala.

Pergilah bersembahyang raya di masjid dan surau dengan memakai pakaian yang hensem, lawa dan changgih. Dengarlah khutbah yang disampaikan dengan sepenuh perhatian dan renungilah isi pengajarannya walaupun hanya sunat. Untuk mereka yang belum menunaikan zakat fitrah untuk Ramadan yang lalu, ketahuilah bahawa awda merupakan orang yang rugi sebab Hari Raya Haji mana ada bayar zakat fitrah.

Jika anda berkemampuan, berkorbanlah binatang ternak al-an'am seperti kerbau, kambing, bebiri, unta, camel, sapi, kibas, lembu dan sebagainya. Jika anda berkemampuan, jadilah saksi penyembelihan korban kita, setidak-tidaknya sehingga titisan darah pertama jatuh ke bumi. Insafilah, amal ibadah korban itu terlebih dulu sampai ke sisi Allah SWT sebelum tumpah titisan darah binatang korban itu menyentuh bumi.

Mudah-mudahan kita akan diberi peluang menunaikan kedua-dua ibadah hebat ini, iaitu naik haji ke Makkah dan memotong korban.

Moga jumpa lagi. Babai.

Haaa....kerbau sekalian jagalah kamu....
(Seperti yang dijangka saya jarang apdet. Tergendala sudah pelajaran tajwid terbabit. Lepas ni musim exam pula. Nantilah kali waktu chuti baru rajin mengapdet)


08 Ogos 2013

Selamat Hari Raya

Saya di kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Saya menyusun sepuluh jari dan satu tetikus memohon maaf sekiranya ada yang terkurang di Tupi Purak selama revivalnya ini.

Ceriakanlah Hari Raya awda dengan muka yang hensem dan baju-bajuan yang changgih. Semoga segala amal ibadah, kesabaran dan kebajikan kita diterima oleh Allah SWT dan berkekalan sehingga bila-bila. Mudah-mudahan kita dibagi lagi peluang untuk berjumpa bulan Ramadan di taun depan.

Babai.
Siapa nda puasa nda bulih beraya....

(Tupi Purak sibuk beraya. Lepas tu musim esaimen. Entah bila mau apdet)

10 Julai 2013

Selamat Datang Ramadan!

Ramadan bulan mulia amat dimuliakan oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Bulan ini ditunggu kemunculannya. Itulah sebab ramai orang excited menengok pengumuman puasa di tivi.

Sempena Ramadan yang mulia ini, saya mau mengucapkan selamat berpuasa dan memperbanyak ibadah. Berusahalah mempertingkat amalan dan meminimumkan perbuatan yang tidak hensem. Ganbatte kudasai ne!

Insya Allah dengan kesempatan berjumpa bulan puasa ini, saya pun berkeinginan berkongsi perkara-perkara yang berkaitan dengan bulan Ramadan yang mulia ini.

Ramadan Kareem! Taqabbalallahu minni wa minkum.

16 Jun 2013

Aku mau belajar Bahasa Arab?

Bestnya belajar bahasa Arab! buleh faham al-Quran, telaah kitab-kitab, boleh enjoy lagu Arab....

STOP!

Enjoy lagu Arab?

Ha......inila yang sering disalah faham dengan masyarakat kita. Kita ingat boleh belajar bahasa Arab melalui lagu-lagu Arab. Sebenarnya, lagu Arab tidak membantu langsung dalam mempelajari Bahasa Arab yang sebenar. Bahkan, hanya dengan belajar bahasa Arab, kita TAKKAN mampu faham percakapan orang-orang Arab, apatah lagi lagu-lagunya.

Kenapa?

Sebab Bahasa Arab yang kita pelajari dengan bersungguh-sungguh di Malaysia ini ialah Bahasa Arab Fushah (Fus.hah) iaitu bahasa Arab baku, dan biasanya untuk belajar al-Quran, kita belajar Bahasa Arab Fushah Turathiyah (klasik) dan untuk komunikasi, biasanya Bahasa Arab Fushah Hadithiyah (moden standard) pula diajarkan.

Lagu Arab?

Lagu Arab yang moden rata-rata menggunakan Bahasa Arab 'Ammi (pasar) Lahjah Masri (Dialek Mesir), yang jauh bezanya dengan bahasa Arab Fushah, ibarat beza Bahasa Melayu dengan Bahasa Dusun! Bezanya merangkumi tatabahasa, kosa kata bahkan sebutan. Contoh yang paling ketara apabila perkataan 'anti' (awak (untuk perempuan)) disebut 'enti'.

Begitu juga sebutan huruf. Huruf jim disebut gim. Masjid disebut Masgid. Jamal disebut Gamal. Huruf qaf pula disebut seperti hamzah, maka terhasillah lagu 'Albi Nadak', yang mana perkataan Qalbi menjadi Albi.

Begitu juga dengan struktur tatabahasa. Kebiasaan bahasa Arab meletakkan adawat as-su'al (kata tanya) di depan, tapi bahasa Arab Masri meletakkannya di belakang. Contoh: متى ذهب إلى مصر  Mataa dzahaba ila misr (Bila dia pergi Mesir) jadi راح مصر إمتا  rah masr imtaa. Tengok, mataa pun jadi imtaa. Dzahaba jadi rah.

Jadi?

Bahasa Arab ammiyah ada banyak lahjah, dan setiap satu mempunyai keunikan. Apabila orang Maghribi (Morocco) berjumpa orang Yaman lalu bertutur dalam bahasa Ammiyah masing-masing, nescaya peninglah kepala mereka sebab masing-masing pun tidak faham. Tidak percaya? cubalah bercakap bahasa Brunei apabila berkomunikasi dengan orang Pattani, atau bercakap bahasa Kelantan dengan encik 'Sultan' Ismail Kiram.

Kesimpulannya, belajarlah bahasa Arab Fushah selaras dengan saranan Imam Hassan Al-Banna. Dengan itu, kita bukan sahaja dapat memahami al-Quran dan Hadis, tetapi juga dapat menulis dengan baik dan berkomunikasi dengan formal.

Daripada dengar lagu Arab yang jiwang dan gelek-gelek tu, baik dengar nasyid dan qasidah Arab. Sudahlah fushah, ada unsur nasihat lagi dan zikir selawat lagi.

Pesanan ikhlas dari aku. Aku tulis Bahasa Melayu pun sengaja kasi salah-salah, suruh orang belajar Bahasa Arab fushah pula. Hahahahaha

15 Jun 2013

Ikhlas

Apa itu ikhlas? Ikhlas itu melakukan sesuatu kerana Allah semata,

Ikhlas itu sukar dilihat, lagi sukar hendak diduga.
.

Ikhlas ibarat seekor semut meniti di atas batu hitam

Di dalam gua yang kelam

Dalam kegelapan malam;

ia ada tetapi amat sukar dilihat dan dicam.


Kata Imam Nawawi RH, ikhlas itu tiga jenisnya:

Ikhlas hamba, kerana takutkan Allah dan takut azab seksaNya.

Ikhlas saudagar, kerana mahukan fadhilat dan merebut pahala dariNya.

Ikhlas merdeka, kerana rasa tanggungjawab menunaikan hakNya.


Jadi aku bertanya pada diriku dan biskita

Adakah ikhlas kitani berbuat amal dan sejahtera?

Kalau benar ikhlas maka dalam jenis yang mana?

Eh macam bersajak pula.