WASPADA Blog ini ada memakai bahasa Sabah, dan kadang-kadang, bahasa Brunei.

25 Ogos 2018

Berjalan Ke Taiwan - Mukadimah.

SILA fahami bahawa Repulic of China (ROC) iaitu Taiwan bukanlah sebahagian Republik Rakyat China yang mentadbir Tanah Besar China, walaupun kedua-dua entiti ini saling menuntut antara satu sama lain.

Rakyat Malaysia tidak memerlukan permohonan visa untuk masuk ke Taiwan.

Mata wang yang digunakan di Taiwan ialah New Taiwan Dollar (NTD), atau Taiwan Dollar. Kerap kali dilabel sebagai NT$. Saya telah membeli NTD pada kadar MYR13.15 untuk NTD100. Sila tukarkan mata wang anda kepada NTD di Malaysia atau lapangan-lapangan terbang di Taiwan. Tidak seperti negara lain, kerajaan Taiwan hanya membenarkan bank-bank untuk menjalankan urusan pertukaran mata wang. Bank hanya menawarkan perkhidmatan ini dalam waktu pejabat sahaja, dan mata wang yang ditawarkan mungkin terhad.

Penggunaan EasyCard ala-ala Touch'n'Go sangat bermaharajalela di Taipei. Tambang MRT yang dibayar melalui EasyCard lebih murah daripada beli token. Kad ini juga boleh dipakai untuk membayar di kedai serbaneka macan Tujuh-Sebelas dan KedaiKeluarga. Kad kosong harganya NTD100, boleh dibeli di kedai serbaneka, termasuklah yang di airport. Boleh terus isi, atau tambah nilai di mana-mana kedai serbaneka atau stesen MRT.

Lapangan terbang utama ialah Lapangan Terbang Taoyuan (TPE), di kawasan Taoyuan di luar Taipei. Airport MRT beroperasi pada pukul 6 pagi sampai pukul 11 malam, menuju ke Taipei Main Station. Boleh juga naik teksi, tambangnya lebih NTD1000 bergantung pada di mana mahu turun. Lapangan Terbang Kaohsiung pula terletak di Kaohsiung di selatan Taiwan (Taipei di utara).

Bahasa Cina (Mandarin) dituturkan secara berleluasa di Taiwan. Penggunaan Bahasa Inggeris pula amat terhad. Namun begitu, generasi muda mungkin tahu Bahasa Inggeris sikit-sikit. Terdapat ramai orang Indonesia di Taipei, jadi kadang-kadang mungkin anda akan mendengar orang cakap Bahasa Indonesia. Tidak seperti di Tanah Besar China, Bahasa Cina ditulis dalam Traditional Chinese bukannya Simplified. Sesetengah pekerja di tempat pelancongan mungkin tahu cakap Jepun.

Pengangkutan awan paling efisen dan mudah di Taipei ialah MRT, juga dikenali sebagai Taipei Metro. Line yang paling popular ialah line Merah sebab banyak tarikan pelancong di sepanjang line terbabit. Teksi ada di mana-mana sepanjang masa dan anda boleh tahan tu teksi kalau tiada orang. Pemandu teksi hanya pandai cakap Cina jadi sediakan alamat destinasi dalam tulisan Cina dan bagi tengok tu pemandu. Tambang bermula dari NTD70 mengikut meter. Tengok saja tu meter untuk tahu berapa tambang. Mereka sangat jujur tidak tipu orang bukan macam ada satu negara tu. Bas pun ada tapi mungkin susah sikitlah sebab informasi di bas stop dia mungkin tulis Cina sahaja melainkan tempat melancong. Gunakanlah Easycard dan scan dia waktu mahu naik dan turun. Tidak akan terdouble bayar tu sekalipun terscan di zon tambang rata.

Taipei merupakan bandar yang sangat-sangat selamat dengan kadar jenayah yang sangat-sangat rendah. Namun bukanlah bermakna tiada orang jahat langsung. Pandai-pandailah jaga diri juga kalau merantau di tempat orang. Orang Taiwan sangat berdisiplin. Anggaplah mereka ini seperti orang Jepun tapi Cina. Taipei juga sangat bersih. Lagi bersih dari hati nurani kau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang melimpas di fikiran.