WASPADA Blog ini ada memakai bahasa Sabah, dan kadang-kadang, bahasa Brunei.

25 Ogos 2018

Berjalan Ke Taiwan 1: Leofoo Village Theme Park

Untuk ke bahagian sebelumnya, tekan sini.

Setibanya di airport, kami tidak buang masa. Lepas beli SIM card (internet 4G bapak laju, kalah Viva kangkang kau), kami terus ambil teksi untuk ke hotel di kawasan Ximending.

Esoknya, pagi-pagi kami turun ke Songshan Airport station, bukan sebab mahu kejar flight, tapi mahu ke bus stop di sana yang akan membawa kami ke destinasi pertama: Leofoo Village Theme Park. Kami beli tiket theme park melalui Klook semasa di Malaysia lagi. Sampai di bus stop Songshan Airport bus stop nombor 5, ada sudah bas e-go nombor 5350 sadai-sadai di sana. Kami pun tanpa membuang masa naik bas itu lalu mengimbas EasyCard kami. Nanti turun pun imbas juga.

Perjalanan ini mengambil masa yang panjang, dan Leofoo Village Theme Park merupakan stesen terakhir. Dijamin tidak terlepas. Sebelum itu, dia akan berhenti di sebuah terminal bas. Kalau dia berhenti sini jangan pula terburu-buru mahu turun pula. Tenang, dia akan bergerak semula.

Inilah pintu masuknya. Di depan kaunter tiket, di belakang sikit jumpa la gate dia.

Arca yang besar tinggi itu berkemungkinan besar menggambarkan zirafah.

Setibanya di Leofoo Village Theme Park, kami pun ke pejabat informasi berdekatan dengan pintu masuk untuk menukarkan baucar Klook kami dengan tiket. Kawasan ini agak besar, jadi pejabat ini ada menyediakan peta dalam Bahasa Cina dan Inggeris. BI kau hancur? Jangan susah hati, peta dalam Bahasa Indonesia juga disediakan. Saya tahu kita semua membesar dengan menonton Sinetron Bau Bawang Merah Makcik Bawang Putih. Mesti faham punya. Lepas itu, masuklah gate dengan tenang dan dia akan cop tangan anda dengan dakwat kurang kekal.

Taman tema ini mengandungi kawasan tertentu, iaitu Wild West, Arabian Palace, Pacific Apakahbenda dan yang Afrika-Afrika.

Tarikan utama yang kami pergi ialah Screaming Condor. Benda ini dipopularkan oleh rancangan terkemuka Korea iaitu LelakiBerlari. Benda ini melibatkan landasan berbentuk U yang mana anda akan merasai rasa takut, seram, dan afraid. Dikatakan ada sudah orang yang mati di sini. Bikin takut kan? 

Salah satu hujung landasan Screaming Condor. Dia bukan roller coaster ada macam kereta api tu, hanya kerusi-kerusi yang kalau kau duduk kaki tergantung. Gila eh.

Di kawasan Arabian Palace ni la kita mencari makan. Yalah, orang Arab kan mana makan vavi. Di sini terletaknya Restoran Aladdin yang Muslim Friendly. Tapi masa kami datang tutup pula. Jadi kami ke Restoran Oasis yang berhampiran. Kami tanya pelayannya yang di kaunter dia bilang Muslim Friendly juga. Tiada vavi-vavi. Jadi kalau kamu mempercayai kata-katanya dipersilakan. Jika anda berasa garu-garu atau ingin bersikap warak, terdapat juga menu ikan vegetarian.

Arabian Palace. Kalau nampak kubah-kubah ni pun kau masih tanya mana Arabian Palace, silalah berjumpa doktor mata bertauliah. Doktor otak ka.

Sebenarnya banyak lagi tarikan lain yang mencabar. tapi oleh kerana kenyang dan tidak mahu makanan tu keluar balik, kami tidak dapat menikmatinya. Terus rasa macam rugi. Sudahlah hujan.
Kesimpulation: Sebelum jalan datang sini sarapan dulu supaya tidak kebuluran. Sudah sampai main dulu puas-puas baru makan.

Alpaka nama binatang ini. Silalah menziarahi sepupu anda ini di kawasan yang Afrika-Afrika.

Apabila hari beransur petang, kami pun pulang menaiki bas e-go 5350 tu juga. Kami pun turun di Zhongxiao Dunhua MRT Station. Habis la sudah pelancongan kami di Leofoo Village Theme Park.

Dalam perjalanan pulang kami ternampak kedai ini. Mungkin pemiliknya seorang insan yang berkah lagi berketokohan.
Pada malamnya, kami pun bergerak ke Da'an Park Station untuk pergi ke sebuah restoran Indonesia betul-betul di sebelah Masjid Besar Taipei. Antara menunya ialah Nasi Ayam Lalapan (disyaki Nasi Ayam Penyet), Nasi Goreng (disyaki fried rice), bakso (tidak syak lagi) dan bermacam lagi. Kami juga cuba memesan Jus Semangka (disyaki tembikai) tetapi malangnya tidak ada. Kami pun minum benda lain seperti Jus Mangga dan Lemon Tea.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang melimpas di fikiran.