WASPADA Blog ini ada memakai bahasa Sabah, dan kadang-kadang, bahasa Brunei.

03 Julai 2013

Bejaur- Hari Ketiga: Kampung Buduk Nur Ba' Kelalan

Hari ketiga di Ba' Kelalan melibatkan aktiviti khidmat masyarakat di sini Kampung Buduk Nur. Kampung yang di sekitar SK Ba' Kelalan itu pula dikenali sebagai kampung Long Langai. Ini kampung yang dekat lodge tempat kami bermalam dan bermanja.

Sebelum itu, kami melakukan aktiviti-aktiviti yang menjamin kesihatan iaitu senaman pagi. Waktu pagi di sini sangat sejuk. Sejuknya ekstrim sehinggakan keluar wap dari mulut. Macam di Korea/Jepun/Paris/London pula rasanya.

Jalan raya yang lebar ini digunakan sebagai landasan kapal terbang dan tempat orang bersenam

Pemandangan musim kemarau di Ba' Kelalan pada waktu pagi. Macam bukan kemarau kan?

Kami difahamkan waktu kami pergi ni Ba' Kelalan sedang kemarau. Menurut penduduk, antara simptom gejala kemarau ialah kabus melitupi gunung-ganang berhampiran. Andai musim hujan, gunung dan ganang sekitar Ba' Kelalan akan jelas kelihatan.

Gereja besar Buduk Nur.

Kesemua penduduk asal di Ba' Kelalan adalah dari etnik Lun Bawang 100%, yang menganut agama Kristian mazhab SIB (Sidang Injil Borneo). Tidak hairanlah mereka mempunyai gereja besar seperti yang biasa dilihat di bandar raya Kota Kinabalu.

Ruang dalam gereja terbabit.

Gereja ini selain daripada menjadi pusat keagamaan, gereja ini turut berfungsi sebagai pusat komuniti kampung ini. Di hadapannya ada padang bola, di siringnya ada dewan, perpustakaan, dan satelit MAXIS.

Aku bersama keluarga angkat. Aku yang pakai baju biru muda tu.

Petangnya kami meluangkan masa bersama keluarga angkat. Aku dan rakan-rakan meluangkan masa dengan mommy Mina Sigar (baju ungu) di Kampung Buduk Nur. Beliau hanya mempunyai anak perempuan lima orang dan alangkah gembiranya beliau apabila tiba-tiba mendapat tiga orang anak lelaki (rujuk gambar). Kebetulan dua orang anak perempuannya ada di rumah (rujuk gambar). Yang tiga orang lagi di luar kawasan.

Kebetulan waktu kami datang, beliau sedang menjemur padi. Kami pun menengok-nengok padi beliau sementara mommy membentang tikar di rumah.

Kawanku: Padi ni lepas dijemur mau buat apa?
Aku: Proses jadi beras.
Kawanku: Macam mana tu diproses
Aku: Kupas tu padi satu-satu
Kawanku: Ohhh....
Aku: (Hehehehehe)

Warga Ba' Kelalan sangat ramah mesra. Mommy juga sangat sporting dan amat mesra. Sampai kawan saya (yang pakai baju biru muda dalam gambar) usik dia pun dia layan juga. Terima kasih mommy. Saaayang mommy.

3 ulasan:

  1. assalamualaikum wbt dan salam sejahtera ..
    maaf saya ingin bertanya..
    di sana majoriti bukan islam kan..
    jd seperti anda yang mengadakan program disana
    bagaimana ya soal makanan ..
    ada makanan halal yang disediakan ke
    prepare makanan sendiri ke atau bagai mana ..
    urmmmmm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam, terima kasih kerana bertanya. Kedatangan pengunjung muslim ke sana bukanlah perkara baharu, jadi mereka sebenarnya faham dengan keperluan orang Islam dari segi makanan. Bayangkan, hanya untuk menyediakan makanan halal, mereka sanggup bersusah payah membeli daging kerbau halal di Sabah, bahkan mentimun-mentimin dan sayur-mayur pun mereka beli dari Sabah yang dari pembekal muslim. Adapun mengenai perkakas, kita bolehla merujuk hadis Muslim no. 3567. Adapun kalau menginap di lodge, dapur ada disediakan jadi tiada masalah kalau mahu membawak bekalan sendiri. Wallahu a'lam.

      Padam
  2. Harrah's Resort Southern California - MapYRO
    Harrah's Resort 인천광역 출장안마 Southern California. MapYRO®. Harrah's Rincon Casino and Resort is 용인 출장마사지 located 구미 출장안마 in Valley Center, California. The 청주 출장안마 casino's 공주 출장샵 4,500 room hotel

    BalasPadam

Katakan sesuatu yang melimpas di fikiran.