WASPADA Blog ini ada memakai bahasa Sabah, dan kadang-kadang, bahasa Brunei.
Memaparkan catatan dengan label Makhraj. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makhraj. Papar semua catatan

07 Disember 2013

Tajwid- Makhraj Lisaniyyah bahagian 2

Makhraj lidah ialah satu makhraj yang hensem sebab dia banyak. (Malas ba mau taip balik)
Kesinambungan. Bahagian satu tekan la di sini.

D. Siring hujung lidah / Dzalqiyah ( ذلقية )
Siring hujung lidah diangkat ke lelangit keras lalu menekan gusi gigi depan (gusi yang di atas aa...) yang menyekat udara, lepas itu menekan udara yang terperangkap menerobosi sekatan, terhasillah bunyi huruf lam ( ل ).

ل


Siring hujung lidah diangkat ke lelangit keras lalu menekan gusi gigi depan (dekat makhraj lam, tapi ke dalam lagi sikit) yang menyekat udara, lepas tu lelangit lembut diturunkan kemudian menekan udara yang disekat sampai terkeluar dari mulut dan idung, terhasillah bunyi huruf nun ( ن ).

ن


Siring hujung lidah berhampiran makhraj huruf nun ( ن ) lepas itu dilenturkan lidah ke belakang, terhasillah bunyi huruf ra' ( ر ).

ر


E. Lelangit keras / Nith'iyyah ( نطعية )
Hujung lidah diangkat menekan ke lelangit keras, terhasillah bunyi huruf tha' @ to ( ط ), dal ( د ), dan ta ( ت ). Bezanya ialah level tekanan udara. Huruf tha' ( ط ) paling kuat, diikuti dengan dal ( د ), dan ta ( ت ).

ت د ط


F. Hujung Lidah / Asaliyyah ( أسلية )
Hujung lidah di tekan ke belakang gigi kacip fatimah di sebelah bawah. Terhasillah bunyi huruf shad @ sod ( ص ), sin ( س ), dan zai ( ز ). Bezanya ialah level tekanan udara. Huruf shad ( ص ) paling kuat, kedua huruf sin ( س ), baru huruf zai ( ز ).

ص س ز


G. Gusi / Litsaliyyah ( لثوية )

Hujung lidah dikelaurkan sedikit antara hujung gigi gunting atas dan gigi gunting bawah. Keluarlah bunyi huruf zha @ zo ( ظ ), huruf dzal ( ذ ), dan tsa ( ث ). Bezanya ialah level tekanan udara. Huruf zha ( ظ ) paling hensem, kemudian huruf dzal ( ذ ), lepas itu tsa ( ث ).

ظ ذ ث

Alhamdulillah, selesai pelajaran makhraj lidah. Bolehlah menjamu selera makan kuih lidah dengan sup lidah. Sekian, terima kasih.

05 Disember 2013

Tajwid- Makhraj Lisaniyyah bahagian 1

Makhraj lidah merupakan antara pelajaran yang paling hensem dalam ilmu tajwid dalam bidang makharij al-huruf. Ini kerana makhraj lidah membabitkan lapan belas huruf dari sepuluh sub-makhraj yang berbeja. Berbeza.

A. Pangkal lidah / Lahwiyyah ( لهوية )
Tatkala pangkal lidah dinaikkan ke lelangit lembut, aww, lalu ditekankan pada anak tekak gantung-gantung, maka terhasillah bunyi huruf qaf ( ق ).
ق

Andal pangkal lidah itu dijauhkan sikit ke luar dari anak tekak terbabit, terhasil pula bunyi huruf kaf ( ك ).
ك


B. Pertengahan lidah / Syajariyah ( شجرية )

Tatkala bahagian tengah lidah diangkat ke lelangit keras lalu terdapat tekanan angin, maka terhasillah huruf jim ( ج ), syin ( ش ), dan ya ( ي ). Perbezaan bunyi adalah mengikut setakat level mana lidah itu dikasi naik.
ي ش ج


C. Siring lidah / Janbiyyah ( جنبية )
Sepanjang bahagian siring lidah ditekankan pada geraham atas, kanan atau kiri pilihlah yang mana satu. Terhasillah bunyi huruf dhad ( ض ).
ض



Sekian bahagian satu. Yay.....

26 Julai 2013

Tajwid- Makhraj Jaufiyah

WASPADA penulis bukanlah pakar dalam bidang qiraat mahu pun tajwid. Penulis hanya ingin berkongsi sedikit asas ilmu tajwid yang diketahuinya dengan cara yang ringkas. Untuk persoalan mengenai hukum tajwid tahap S, T, X, W dan sebagainya, berbincanglah dengan tuan-tuan guru, ustaz atau sheikh yang pakar.

Kita telah pun mengenali lima bahgian makhraj secara umum. Kini kita akan menjelajahi makhraj yang pertama iaitu Jaufiyah.

Makhraj Jaufiyah juga terbahagi kepada empat.

Makhraj pertama melibatkan dari rongga kerongkong hingga rongga mulut
(Klik pada gambar supaya besar)
Makhraj pertama melibatkan rongga kerongkong sehingga rongga mulut, dan dari makhraj ini terhasillah huruf-huruf mad iaitu Alif, wau dan ya (ا، و، ي). Di dalam mushaf rasm uthmani, huruf-huruf ini tidak diberi tanda mati di atasnya bagi menunjukkan yang huruf-huruf ini merupakan huruf mad.

Makhraj kedua melibatkan pangkal kerongkong
(Gambar hendaklah diklik supaya besar)
Makhraj kedua pula membabitkan bahagian pangkal kerongkong. Makhraj ini menghasilkan bunyi huruf hamzah, dan ha (ء، ه).

Makhraj ketiga melibatkan bahagian tengah kerongkong
(Supaya besar, klikla pada gambar)
Makhraj ketiga pula melibatkan bahagian tengah kerongkong yang menghasilkan huruf 'ain dan ha' (ح، ع).

Makhraj keempat pula melibatkan hujung kerongkong
(Pada gambar diklik, besarlah ia)
Makhraj keempat ini pula membabitkan hujung kerongkong, iaitu di sebelah atas berhampiran anak lidah atau halkum yang bergantung-gantung itu. Keluar daripadanya huruf ghain dan kha (خ، غ).

Kesimpulannya, Makhraj Halkum ada enam huruf yang bukan huruf mad, iaitu (ء، ه، ع، ح، غ، خ). Selain itu, huruf-huruf ini jugak dikenali sebagai huruf Halqiah ( حَلْقِيَّة ).





23 Julai 2013

Tajwid- Pengenalan Makhraj Huruf

WASPADA penulis bukanlah pakar dalam bidang qiraat mahu pun tajwid. Penulis hanya ingin berkongsi sedikit asas ilmu tajwid yang diketahuinya dengan cara yang hensem. Untuk persoalan mengenai hukum tajwid tahap S, T, X, W dan sebagainya, berbincanglah dengan tuan-tuan guru, ustaz atau sheikh yang pakar.

MAKHARIJ AL-HURUF ( الحروف  مخارج )

Makhraj ialah tempat bunyi huruf keluar. Kadang-kadang orang cakap "bukan semua bunyi keluar di mulut ka?" Memang la ba. Kan di mulut ada lidah, bibir, gigi, kerongkong, bunyi yang keluar dari idung pun ada.
Mengaji mengikut makhraj yang betul sangat penting. Kalau ada yang sembahyang lalu membaca surah al-Fatihah dengan makhraj yang salah, maka risiko untuk tidak sah  sembahyang adalah tinggi.
Inilah organ yang dipakai untuk makhraj huruf. Ingat lagi post 'Alat-Alat Ucapan'?

Haji Abdul Qadir Leong (1996), Tajwid al-Quran Rasm Uthmani. Brunei.
Makhraj Huruf boleh dibagi-bagi kepada beberapa kategori:

1. Jaufiyah ( جوفية ): Makhraj yang membabitkan rongga kerongkong hingga rongga mulut (oral cavity). Keluar daripadanya bunyi-bunyi mad (vokal).

2. Halqiyah ( حلقية ): Makhraj yang keluar di sekitar kerongkong.

3. Lisan ( لسان ): Makhraj yang keluar di sekitar lidah. Gunalah Colgate 360 dengan pembersih gigi dan lidah. Jadi tiadalah gigi yang rompang.

4. Shafawiyyah ( شفوية ): Makhraj yang membabitkan bieber bibir.

5. Khaisyum  ( خيشم ): Makhraj yang keluar dari idung. Lagu 'Pencinta Wanita' adalah contoh lagu yang banyak menggunakan makhraj ini.


Itu sajalah dulu untuk kali ini. Insya Allah ada jalannya, kita akan membincangkan lagi makhraj-makhraj ini secara satu-satu.

22 Julai 2013

Tajwid- Alat-Alat Ucapan

WASPADA penulis bukanlah pakar dalam bidang qiraat mahu pun tajwid. Penulis hanya ingin berkongsi sedikit asas ilmu tajwid yang diketahuinya dengan cara yang hensem. Untuk persoalan mengenai hukum tajwid tahap S, T, X, W dan sebagainya, berbincanglah dengan tuan-tuan guru, ustaz atau sheikh yang pakar.

ALAT-ALAT UCAPAN
Haji Abdul Qadir Leong (1996): Tajwid al-Qur'an Rasm Uthmani. Brunei Darussalam.
1. Bieber Bibir mulut
2. Gigi
3. Gusi
4. Lelangit Keras
5. Lelangit Lembut
6. Anak lidah/Anak tekak
7. Hujung Lidah
8. Tengah Lidah
9. Pangkal Lidah
10. Epiglotis
11. Saluran makan
12. Rongga Mulut
13. Rongga Hidung (dengung)
14. Rongga Kerongkong
15. Bijik Halkum/Buku Lihir
16. Pita Suara
17. Saluran Nafas